29 June 2010

sejarah sekolah SMK Hang Kasturi

Sejarah SMK Hang Kasturi





Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi telah dibuka pada tahun 1976 di atas tapak tanah seluas 12.6 ekar. Apabila dibuka sekolah ini dinamakan Sekolah Rendah Masjid Tanah. Pada awal penubuhannya bilangan pelajar berjumlah 326 orang, 13 orang guru dan 5 orang kakitangan bukan guru. Di peringkat awal, pelajar-pelajar menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah pada sesi petang iaitu melibatkan pelajar-pelajar kelas peralihan (2 kelas) dan tingkatan 1(5 kelas). Pertengahan tahun 1976 apabila sekolah ini siap sepenuhnya, pelajar-pelajar telah berpindah dan memulakan pelajaran di sekolah ini. Terdapat 4 blok bangunan sahaja pada peringkat awalnya yang menempatkan pelajar kelas peralihan hingga tingkatan tiga sahaja.

Pada tahun 1988, kelas tingkatan 4 aliran sastera telah ditubuhkan di sekolah ini. Serentak dengan perkembangan tersebut, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Masjid Tanah. Nama Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah tidak sesuai lagi dengan perkembangannya apabila ia telah memulakan kelas menengah atas. Pada awal tahun 1990 nama sekolah ini sekali lagi mengalami perubahan apabila ianya dengan rasmi dikenali sebagai Sekolah Menengah Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka.

Tahun 1996 terbina 1 blok bangunan 2 tingkat untuk makmal sains dan bengkel KH. Kelas Sains Tulen untuk tingkatan 4 mula dibuka. Tahun 2002 dibina lagi 2 blok bangunan tambahan iaitu 1 blok 4 tingkat untuk pentadbiran, kelas, bilik-bilik khas dan 1 blok 2 tingkat untuk makmal sains. Bangunan baru ini mula digunakan mulai 2004. Kini terdapat 8 blok bangunan di sekolah ini. Tahun 2002 dibina lagi 2 blok bangunan tambahan iaitu 1 blok 4 tingkat untuk pentadbiran, kelas, bilik-bilik khas dan 1 blok 2 tingkat untuk makmal sains. Bangunan baru ini mula digunakan mulai 2004. Kini terdapat 8 blok bangunan di sekolah ini.

No comments:

Post a Comment