Pengenalan

Latar Belakang Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi telah di buka pada tahun 1976 di atas tapak tanah seluas 12.16 ekar.Pada awal nya,sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah.Pada awal penubuhannya,bilangan pelajar berjumlah 328 orang,13 orang guru,dan 5 orang kakitangan bukan guru.

Di peringkat awal,pelajar-pelajar menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah pada sesi petang iaitu Kelas Peralihan(2 kelas) dan Tingkatan 1(5 kelas)

Pertengahan tahun 1976,sekolah ini telah siap sepenuhnya dengan 4 blok bangunan dan dinamakan Sekolah Menengah Masjid Tanah.Pada 1988,kelas aliran sastera ditubuhkan.Serentak dengan itu sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi pada 1990.

Pusat Sumber Sekolah terletak di aras 3 blok D dengan mempunyai sebuah bilik perpustakaan (berserta bilik pengurusan dan pentadbiran), bilik tayang dan bilik alat bantuan mengajar (ABM).Pada awalnya,pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah dibantu oleh Kelab Perpustakaan.Selaras dengan usaha untuk meningkatkan ilmu dikalangan pelajar dismaping menyemai sikap bertanggungjawab,maka barisan Pengawas Pusat Sumber yang peranan serta tanggungjawab setaraf dengan Lembaga Disiplin telah dilantik. Sehingga 2004 ini Pusat Sumber Sekolah telah beroperasi dengan gabungan tenaga kerja di kalangan guru-guru serta kakitangan yang berpengalaman bagi bilangan murid yang mencapai 930 orang.