06 October 2010

04 October 2010

Majlis Restu Ilmu

Pagi 4 Oktober 2010, satu Majlis Restu Ilmu untuk pelajar tingkatan 3 yang akan mengambil peperiksaan PMR telah sempurna berlangsung dengan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Latipah Omar ADUN Tabuh Naning.



Majlis Bacaan Yaasin

Pada 29 September yang lepas, SMKHK telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 bersama ibu bapa masing-masing bagi mendapatkan restu.

Bacaan Yaasin dimulakan selepas selesai solat maghrib berjemaah di surau Hang Kasturi seterusnya menunaikan solat hajat. Selepas isyak, hadirin dijamu dengan jamuan yang menyelerakan.



01 October 2010

Pesta Tanglong SMK Hang Kasturi

Pada 24 September 2010 yang lepas, kaum cina di SMKHK menyambut pesta tanglong. Majlis dihadiri oleh GPK HEM, En. Azizan, En. Muhammad, Pn. Norehan dan guru-guru yang mengajar di SMKHK. Berikut gambar yang sempat diambil sepanjang pesta tanglong SMK Hang Kasturi.