29 June 2010

sejarah sekolah SMK Hang Kasturi

Sejarah SMK Hang Kasturi





Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi telah dibuka pada tahun 1976 di atas tapak tanah seluas 12.6 ekar. Apabila dibuka sekolah ini dinamakan Sekolah Rendah Masjid Tanah. Pada awal penubuhannya bilangan pelajar berjumlah 326 orang, 13 orang guru dan 5 orang kakitangan bukan guru. Di peringkat awal, pelajar-pelajar menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah pada sesi petang iaitu melibatkan pelajar-pelajar kelas peralihan (2 kelas) dan tingkatan 1(5 kelas). Pertengahan tahun 1976 apabila sekolah ini siap sepenuhnya, pelajar-pelajar telah berpindah dan memulakan pelajaran di sekolah ini. Terdapat 4 blok bangunan sahaja pada peringkat awalnya yang menempatkan pelajar kelas peralihan hingga tingkatan tiga sahaja.

Pada tahun 1988, kelas tingkatan 4 aliran sastera telah ditubuhkan di sekolah ini. Serentak dengan perkembangan tersebut, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Masjid Tanah. Nama Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah tidak sesuai lagi dengan perkembangannya apabila ia telah memulakan kelas menengah atas. Pada awal tahun 1990 nama sekolah ini sekali lagi mengalami perubahan apabila ianya dengan rasmi dikenali sebagai Sekolah Menengah Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka.

Tahun 1996 terbina 1 blok bangunan 2 tingkat untuk makmal sains dan bengkel KH. Kelas Sains Tulen untuk tingkatan 4 mula dibuka. Tahun 2002 dibina lagi 2 blok bangunan tambahan iaitu 1 blok 4 tingkat untuk pentadbiran, kelas, bilik-bilik khas dan 1 blok 2 tingkat untuk makmal sains. Bangunan baru ini mula digunakan mulai 2004. Kini terdapat 8 blok bangunan di sekolah ini. Tahun 2002 dibina lagi 2 blok bangunan tambahan iaitu 1 blok 4 tingkat untuk pentadbiran, kelas, bilik-bilik khas dan 1 blok 2 tingkat untuk makmal sains. Bangunan baru ini mula digunakan mulai 2004. Kini terdapat 8 blok bangunan di sekolah ini.

karya pelajar (kasturi edisi 8/2009)


PETUA TUMPUKAN PERHATIAN TERHADAP PELAJARAN
Saya dapati ramai di antara kita di luar sana yang mempunyai masalah untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran.Baiklah......Jangan panik!!.Mari kita sama-sama renungkan petua ringkas ini.

  • Anggaplah guru-guru yang mengajar anda itu seperti bintang-bintang filem kegemaran anda.Sudah tentu anda akan menumpukan seluruh perhatian kepada setiap perkara yang mereka perkatakan.
  • Jangan terlibat dengan 'cinta monyet' kerana cinta monyet hanya sesuai bagi monyet-monyet yang suka bergayut dari satu dahan ke satu dahan yang lain.
  • Tulis segala masalah yang menggangu perhatian anda terhadap pelajaran pada sekeping kertas kemudian bakar.Lebih baik daripada anda membakar sekolah
  • Berjumpalah dengan guru kaunseling dan ceritakan masalah anda.



Amalkan membaca buku sebanyak 1000 kali sehari,InsyaAllah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran dan disamping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu...

~karya oleh Nurhidayah Bt Shaharuddin~

28 June 2010

Pengumuman : Hari Koperasi


Pada 1 Julai 2010 nanti, koperasi SMK Hang Kasturi akan menganjurkan Hari Koperasi. Pada hari tersebut, koperasi akan menjual barangan terpakai.

Diminta pelajar-pelajar yang ingin menyumbang barang-barang terpakai seperti
  • Pakaian
  • Majalah
  • Peralatan elektrik
  • Alat tulis
  • dan sebagainya (pastikan masih boleh digunakan)
bolehlah menyerahkannya kepada Ustaz Nordin. Sumbangan anda akan disalurkan kepada badan kebajikan.

23 June 2010

Tahukah Anda?

Pada tahun 1894, Lord Kelvin telah meramalkan bahwa radio tidak mempunyai masa depan.



Dia juga meramalkan pesawat terbang bermesin yang lebih berat dari angin adalah tidak mungkin



Pada tahun 1958, IBM menganggarkan pasaran dunia hanya untuk 5 buah komputer saja.





Ternyata, mereka semua salah!