Maklumat Am

Visi

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

Misi
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat

Motto
Pusat Sumber Sekolah ke arah Kecermerlangan Budaya Ilmu

Piagam:

• memastikan setiap murid dapat peluang meminjam dan membuat rujukan di PSS dengan selesa dan sama rata

• membina semangat kerja berpasukan dikalangan AJK dan pustakawan bagi melancarkan perjalanan urusan PSS

• sentiasa member layanan yang mesra kepada setiap penggunaan ranpa mengira status

• sedia menerima segala teguran dan cadangan untuk mempertingkatkan mutu pengurusan



Matlamat PSS:

• meningkatkan mutu pendidikan di sekolah

• membentuk profesyen perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif, dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan Negara, bangsa dan agama

• membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif

• mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer



Objektif PSS:
• menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar

• menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran

• meningkatkan profesionalisme guru

• mengumpul, menyimpan, dan mengedar pelbagai jenis maklumat

• membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran

• menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar

• member pendedahan bagi murid-murid dan guru-guru menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, serta menggunakan alat-alat hard ware dan software