30 July 2010

tahukah anda?

Anda dapat mengetahui seseorang berbohong atau tidak dengan melihat matanya

Beberapa orang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah. Namun, saat seseorang berbohong, biasanya bisa dilihat dari fisiknya. Salah satunya adalah dengan mengamati mata lawan bicara Anda. Mengapa demikian?

Ketika menjawab pertanyaan dan bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri kemungkinan jawabannya jujur. Sedangkan bila bergerak ke arah kanan kemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang bohong atau berbohong. Hal ini karena bagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan untuk kreatifitas. Maka bila bola mata ke kiri, berarti dia berusaha mengingat sedangkan sebaliknya jika bola mata ke arah kanan berarti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawaban yang lain. Hal ini karena bagian kreatifitasnya sedang bekerja untuk mengarang suatu cerita bohong.

Ciri fisik lainnya ketika seseorang sedang berbohong antara lain:

* Badan berkeringat.
* Napas mulai berat.
* Nada suara berbeda seperti meninggi atau monoton.
* Badan dan wajah terlihat kaku khususnya bagian dahi dan bibir.
* Tangan banyak bergerak misalnya memegang sesuatu, saling menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung, atau menutup mulut.
* Si pembohong tanpa disadari akan meletakkan benda-benda seperti cangkir, kertas, bolpen, atau benda lain sebagai pembatas.
* Coba ubah topik pembicaraan, jika ekspresinya terlihat lega, berarti ia sedang berbohong. Namun jika ia mengembalikan ke topik semula, berarti ia sedang berkata jujur.

disalin dari laman web http://kumpulan.info/

28 July 2010

Fire Drill.... Berkumpul semua!!!

Latihan kebakaran (fire drill) telah berjaya dijalankan pada hari ini 28 Julai 2010 tepat pukul 1.45 petang. Pelajar mengambil masa 5 minit untuk meninggalkan bangunan dan berkumpul di tapak perhimpunan. Guru-guru tingkatan mengambil kehadiran untuk memastikan tiada pelajar yang 'terbakar'.


Oh! Terbakar! Loceng kecemasan berbunyi!












Lari! berkumpul di tapak perhimpunan!













Ni budak 'bijak' yang bakal jadi arang...













Pelajar berkumpul dalam masa 5 minit.













Guru tingkatan mengambil kehadiran... ada yang terbakar tak?












Oh... adakah ini orang yang menyebabkan kebakaran?












Tak apa.. kita ada penyelamat.













Ramai hero yang membantu memadam kebakaran












pelajar perempuan juga tidak ketinggalan













Selepas ini, kita pastikan semua pelajar dapat memadam kebakaran jika berlaku dihadapan sendiri.

Perasmian Bulan Membaca dan Bulan ICT

Akhirnya... setelah 3 minggu berturut-turut hujan pada hari Isnin, yang menyebabkan penangguhan perasmian, telah berjaya dilangsungkan pada 27 Julai 2010. Majlis perasmian yang serba ringkas itu telah dirasmikan oleh En. Ishak b Dumun, GPK 1 SMK Hang Kasturi.


Cikgu Baharuddin : Pengacara Majlis











Perasmian oleh GPK 1:
En. Ishak b Dumun









Ewah! bergaya ya!













Gerimis pun rasmi juga!














Pelajar juga semangat mendengar sajak dari En. Ishak - "Cikgu jangan marah ya"

16 July 2010

Explorace!!

Pada 14 Julai 2010 yang lepas, unit ICT telah menganjurkan satu pertandingan explorace yang telah disertai oleh 14 pasukan yang terdiri daripada 5 orang wakil dari setiap persatuan dan kelab. Pertandingan ini dianjurkan sempena Bulan ICT SMK Hang Kasturi.


Pertandingan berjalan dengan lancar dan mengujakan. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada minggu depan, pada waktu perhimpunan.


15 July 2010

Ceramah Isra' Mikraj

Pada 8 Julai 2010 yang lepas, satu ceramah Isra' Mikraj telah sampaikan oleh YB Datuk Hj Idderis bin Hj Kassim di dataran perhimpunan SMK Hang Kasturi.





















pelajar tekun mendengar ceramah
























06 July 2010

Bulan Membaca SMK Hang Kasturi

Bulan Julai adalah bulan membaca bagi SMK Hang Kasturi. Pelancaran Bulan ini akan diadakan pada 12 Julai 2010 dengan tema "Memaca 1 Matlamat, Memartabatkan Ilmu". Matlamat program ini adalah untuk
  1. Menekankan pentingnya amalan membaca dijadikan gaya hidup selaras dengan konsep "Ilmu sepanjang zaman"


  2. Memberi peluang kepada semua pelajar menampilkan bakat sedia ada dan melibatkan diri dalam program-program yang diadakan.


  3. memberi pengiktirafan kepada murid yang banyak membaca pada penggal pertama 2010.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ini:-

  • 1-7 Julai 2010 : pertandingan mendeklamasi sajak (sajak ciptaan sendiri) [cik Suhailly]
  • 5-14 Julai 2010 : Pertandingan bercerita [Pn. Norsilah Budin]
  • 1-21 Julai 2010 : Pertandingan Membaca Terbanyak [Pn. Sarah Abd Hamid]
  • 12-19 Julai 2010 : Pertandingan Melukis. Tema: Bulan Membaca [En. Amir Kadir]
  • 7-21 Julai 2010 : Pertandingan Ulasan Buku [En. Abd Razak Adam]
Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut, bolehlah berjumpa guru yang berkenaan.

01 July 2010

Hari Koperasi SMK Hang Kasturi

Hari Koperasi Sekolah telah berjalan dengan lancar. Acara pada pagi perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj Azhar b Hj Muhammad pengusaha Syarikat Bahulu Warisan. Pelbagai acara telah dijalankan termasuklah cabutan bertuah, jualan barangan terpakai, pertandingan petanque, melukis bumi hijau dan juga look a like contest.